About Us

Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah sekolah telah diadakan secara rasmi di peringkat negeri di Stadium Paroi, Seremban, Negeri Sembilan pada tahun 2000. Maka, bermulalah juga secara rasminya penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah(KPJ) Sekolah Menengah Kebangsaan King George V(SMK KGV) pada tahun tersebut. Encik Shangar a/l Singodayan merupakan peneraju utama dalam penubuhan KPJ SMK King George V. Minggu Jenayah Sifar buat pertama kalinya telah diadakan di SMK King George V pada tahun 2001.Sepanjang tempoh 10 tahun penubuhannya, banyak kejayaan yang telah dicapai.

Antaranya ialah, KPJ SMK KGV telah mendapat johan dalam Perlawanan Bola Sepak 9 Sebelah peringkat negeri pada tahun 2009.Dengan kejayaan yang telah dicapai, sebuah anjung yang dinamakan 'Anjung KPJ' telah diwujudkan.Pelbagai piala dan juga pingat yang dimenangi telah ditempatkan didalam anjung tersebut.Contoh rekaan t-shirt turut dipamerkan.Kejayaan KPJ SMK KGV yang paling membanggakan adalah pada tahun 2012, Kelab Pencegahan Jenayah SMK KGV telah menerima sijil kelab pencegahan jernayah paling aktif di Malaysia oleh MCPF.

KPJ SMK KGV juga telah menjadi penanda aras kepada kpj dari sekolah lain. Antaranya KPJ SMK KGV telah menerima lawatan dari KPJ Jabatan Pelajaran Negeri Kedah(2007) dan SMK Presint 8, Putrajaya(2008). KPJ SMK KGV juga telah menerima kunjungan hormat dari tetamu VIP seperti;

  • Y.Bhg. Datuk Kamarudin Md Ali Pengerusi Yayasan Pencegahan (MCPF) Malaysia pada 27 Ogos 2019
  • Y.Bhg. Datuk Hj. Fadzil A Bakar (Pengerusi MCPFNS) Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah (MCPF) Negeri Sembilan pada 27 Ogos 2019
  • Chan Kuang Yu (EXCO MCPF Pusat) pada 27 Ogos 2019
  • Mohamad Khairil Faiz bin Saad Penolong Pengarah BPSH, KPM pada 27 Ogos
  • Pn. Faridah Yang Razali Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH KPM) pada 25 Julai 2019
  • Tuan Abd Razak Bin Idris Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan  Kemanusiaan (JPNS) pada 25 Julai 2019 
  • En. Azmi bin Basir KPRD Rembau pada 25 Julai 2019
  • Tuan Hj. Md. Fiah bin Md. Jamin Timbalan Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan N. Sembilan pada 25 Julai 2019
  • Tan Sri Dato' Lee Lam Thye Naib Pengerusi 1 Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia pada Februari 2010
  • Dr Khair bin Mohamad Yusof Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Pembangunan Pendidikan KPM pada Februari 2010.
  • Y.Bhg. Dato’Haji Zulkifly bin Mohd Wazir Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM pada Februari 2010.
  • Pn. Asha bt Samah, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM pada Mac 2008.
  • Tuan Haji Jamali bin Salam Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan Februari 2010.
  • Dato' Goh Siow Huat, Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah(MCPF) Negeri Sembilan pada Mac 2008
  • Dato' Osman Hj Salleh, Ketua Polis Negeri Sembilan pada Mac 2009
  • Dato' Khalid bin Abu Bakar Ketua Polis Selangor pada 2006
  • En.Mohd Fuzi bin Haji Mohd Nor Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Kaunseling Dan Disiplin KPM pada Februari 2010.
  • En. Abdul Rahim b. Mohidin, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun Mac 2007
  • En. Hussien Mat Usih, Pencipta lagu KPJ (Mari Cegah Jenayah) pada Disember 2009
  • Dato' Sri Johnny Ch'ng Ewe Gee, Pengerusi Jawatankuasa KPJ (MCPF) pada 2 Ogos 2023 

Selain itu,KPJ tidak ketinggalan untuk membawa ahli-ahlinya mengikuti lawatan. Antara tempat yang telah dilawati ialah Muzium Polis Kuala Lumpur(2008),Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban(2007), Penjara Seremban(2002), Penjara Batu Gajah Perak(2006). Sekolah Henry Gurney Perempuan Batu Gajah Perak(2006) dan Sekolah Henry Gurney Melaka(2009).

KPJ SMK KGV turut mempunyai uniform khas yang dikenali sebagai Skuad Zero Crime.Latihan kawad diadakan setiap hari Jumaat supaya ahli-ahli dapat mendisiplinkan diri serta memupuk semangat cintakan kelab dalam diri ahli-ahli KPJ.

KPJ SMK KGV juga telah mengadakan kerjasama erat dengan agensi-agensi seperti Polis Diraja Malaysia(PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ), Jabatan Penjara Negeri Sembilan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM), Jabatan Keselamatan Jalan Raya(JKJR), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Unit HEM JPN Negeri Sembilan dan juga kerjasama erat dengan NGO seperti Malaysia Crime Prevention Foundation(MCPF) dan Persatuan Pencegahan Jenayah Malaysia(PPJM).

Sepanjang tahun penubuhan KPJ SMK KGV ini, banyak kejayaan yang telah dicapai. Kejayaan ini telah dicapai oleh kerana sifat kepimpinan dan kewibawaan pengerusi kelab yang telah mengendali kelab ini sejak tahun 2000.    

 

History of project

 Nama Program

  • Minggu Jenayah Sifar Sekolah Menengah Kebangsaan King George V

 

Matlamat

  • Menyemai nilai-nilai murni dalam diri individu serta melahirkan pelajar yang berakhlak mulia dan bebas daripada kegiatan jenayah

 

Objektif

  • Memberi kesedaran kepada para pelajar tentang tanggungjawab dan kewajipan masing-masing dalam membanteras jenayah
  • Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang implikasi negatif serta akibat yang bakal menanti sekiranya melibatkan diri dalam kegiatan jenayah
  • Membentuk keperibadian individu agar sentiasa berdisiplin tinggi dan mengamalkan nilai-nilai positif dalam kehidupan sekaligus bebas daripada salah laku jenayah.
  • Melahirkan keinsafan dalam diri para pelajar yang selalu mengamalkan tabiat negatif seperti merokok, secara tidak langsung menyedarkan dan membantu mereka membaiki sikap negatif tersebut

Our users

Banyak kebaikan yang bakal diperolehi oleh pengguna sekiranya pengguna sentiasa melayari laman web KPJ ini.Antara faedahnya ialah:

  • dapat mengetahui nombor-nombor penting agensi dan NGO yang berkaitan untuk dihubungi bagi mengadakan kerjasama dalam program-program pencegahan jenayah
  • dapat mengetahui cara-cara untuk mengelakkan diri dan keluarga daripada menjadi mangsa jenayah.
  • dapat membantu mangsa jenayah untuk mendapatkan perlindungan daripada pihak berwajib.
  • untuk mengetahui maklumat-maklumat yang terkini.
  • untuk menyedarkan pengguna tentang bahayanya melakukan jenayah.

Web Creator

 

                                                  

   Name              : Kreshna A/L Rajendran

   Date of Birth  : 16 May 1991

   Education        :    2008-now : France

                               2007-2008 : Sek. Men. Keb. King George V

                               2004-2006 : Sek. Men. Keb. Seremban 2

  • This website was first created on 19th February 2009
  • To enable this society to share information not only within our members but also on a wider prospect among the social community.
  • This website was created by the member of KPJ, Kreshna a/l Rajendran under the concern of the teacher advisor
  • He is currently pursuing his ambition in the field of Mechanical engineering in France.
     

Search site

Kelab Pencegahan Jenayah SMK King George V © 2009 All rights reserved.